Quater 1 Internal Training ( COMPLIANCE: Sexual Harassment at the Workplace)

15 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 March 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri NADI Internal Training – COMPLIANCE: Sexual Harassment at the Workplace yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan dalam kemahiran keselamatan ditempat kerja.

Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dalam pematuhan keselamatan di tempat kerja, menambah ilmu tentang bahaya gangguan seksual ditempat kerja, mempelajari cara atasi bahaya seksual ditempat kerja. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus untuk digunakan ditempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali